spot_img
HomeSemasaBarang basah keperluan harian mengalami kenaikan harga

Barang basah keperluan harian mengalami kenaikan harga

SEREMBAN: Melihat kepada tinjauan di Pasar Besar Seremban hari ini, harga sayur dan ikan menaik lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Perayaan Hari Raya Aidilfitri semestinya hari dimana jemputan dan undangan beraya kedengaran di sana sini. Melihat kepada kenaikan harga barang keperluan di pasar, pengguna yang mahu mengadakan rumah terbuka atau menerima kunjungan tetamu sempena hari raya mungkin terbeban dengan kenaikan harga barang basah ketika ini.

Bekas pekerja swasta dari Sikamat, Azman Baharudin, berkata harga barangan basah didapati terus naik walaupun tidak ketara.
“Sebelum ini saya beli ikan kembung dalam anggaran RM12 sekilogram namun kini ianya sudah mencecah RM19 sekilogram,”katanya.

“Jika dilihat secara kasar, peniaga meletakkan harga lebih mahal jika ikan di kedai masih segar dan kemudian mereka kembali menurunkan sedikit harga selepas beberapa hari ikan tidak terjual,” jelasnya lagi.

Di samping itu, terdapat peniaga sayur yang mengekalkan harga sayur-sayuran namun mengurangkan kuantitinya dalam seikat hasil tanaman yang dijual.

“Dalam suasana masih menyambut Aidilfitri, ramai yang berbelanja untuk mengadakan rumah terbuka atau menjemput tetamu ke rumah. Dengan situasi harga yang tidak terkawal ini, kemungkinan terdapat golongan yang sedikit terbeban, jadi mereka perlu pandai menguruskan perbelanjaan supaya tidak membebankan diri sendiri di hujung bulan,” katanya.

Kenaikan harga barang pada masa ini memang ketara, namun para pengguna tiada pilihan lain.

Salah seorang pengguna juga menyatakan bahawa harga cili padi sebelum ini hanya RM18 sekilogram tetapi kini harganya kian mencecah RM25 sekilogram, selain harga sayuran seperti pegaga.

Sekiranya orang tengah menjadi punca berlakunya kenaikan harga barangan keperluan di pasar, diharapkan agar pihak kerajaan akan ambil tindakan segera supaya hal ini tidak menyusahkan serta membebankan semua pihak.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular