TAWAU : Pasukan Polis Marin Tawau berjaya gagalkan cubaan sebuah lori tangki minyak 10 tan yang mengubahsuai tangki dan mengepam minyak diesel dari sebuah Stesen Minyak di Tawau.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Tawau, DSP Ridzauddin Bin Selamat berkata pihaknya telah berjaya menahan sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang elaki dewasa berumur 38 tahun.
Lelaki tersebut didapati sedang mengisi minyak diesel tanpa permit atau kebenaran daripada KPDNHEP di Stesen Minyak Petron Balung, Taman Sawit, Tawau.
Hasil pemeriksaan mendapati sebuah tangki telah diubahsuai untuk menyimpan minyak diesel. Rampasan dan tangkapan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut.
Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM183,025.00. dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kesempatan itu, pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan.
Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah di nombor 013-9391197 atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983628 bagi memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggari undang-undang negara dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan dan keselamatan.


