spot_img
HomeJenayahPolis marin gagalkan cubaan seludup minuman keras di Labuan

Polis marin gagalkan cubaan seludup minuman keras di Labuan

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Persekutuan Labuan telah membuat pemantauan ke atas bot yang disyaki membawa minuman keras dari WP Labuan dalam satu operasi di kawasan laut Menumbok, Sabah, pagi ini.

Pegawai Pemerintah Operasi PPM WP Labuan, ASP Saidul Maruf bin Rosli berkata pihak mereka telah berjaya menahan bot tersebut di tepi bakau suatu sungai di Menumbok, sekitar jam 4.10 pagi tadi.

“Pihak kami berjaya menahan bot berkenaan di tepi sungai di Menumbok, bagaimanapun dua orang suspek terjun di kawasan paya bakau itu dan berjaya melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati muatan yang dibawa oleh bot berkenaan merupakan minuman keras yang dipercayai belum bercukai ingin diseludup dari Labuah ke Tanah Besar Sabah.

“Minuman keras dan sebuah bot fiber turut dirampas berserta dua buah enjin bot dalam tangkapan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumlah keseluruhan rampasan termasuk cukai dianggarkan mencecah sehingga RM144,709.50.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan diserahkan kepada Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan Labuan.

Susulan itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular