spot_img
HomeJenayahEmpat lelaki ditahan curi kayu hutan simpan

Empat lelaki ditahan curi kayu hutan simpan

SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas beberapa batang kayu bergergaji yang disyaki dicuri dari kawasan Hutan Simpan Kg. Keramat, Pulau Timbun Mata Semporna.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna DSP Mohamad Ismail berkata tangkapan jam 3 pagi itu dilakukan atas kesalahan Enakmen Perhutanan 1968 kerana memiliki kayu yang disyaki dicuri dari kawasan hutan simpan. Empat 4 orang lelaki dewasa turut ditahan atas kesalahan tersebut.

Ismial berkata rampasan dan tangkapan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna.

“Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM25,730.00 dan kes dirujuk kepada Jabatan Perhutanan untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.

Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular