spot_img
HomeJenayahPolis Marin Tawau rampas rokok seludup dari negara jiran

Polis Marin Tawau rampas rokok seludup dari negara jiran

TAWAU : Pasukan Polis Marin Tawau (PPM) berjaya gagalkan pengedaran rokok tanpa cukai dipercayai dari negara jiran apabila berjaya merampas rokok seludup di Kawasan tepi jalan Kampung Batu 3, Tawau.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Tawau DSP Ridzauddin Bin Selamat pihaknya telah bertindak atas maklumat semasa menjalankan rondaan.

“Semasa rondaan pihak telah terlihat beberapa orang sedang mengangkat beberapa kotak dan melonggokkan kotak di dalam semak di tepi jalan. Kesemua saspek bertindak melarikan diri ke dalam semak setelah menyedari kehadiran pihak polis,” tambahnya.

Menurut Ridzauddin, hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai jenis rokok yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran Indonesia. Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM68,534.00.

“Rampasan diserah kepada Jabatan Kastam Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” tambahnya.

Kesempatan itu, pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah di talian 013-9391197 atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983628.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular