TAWAU: Ahli Lembaga Pengarah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jeffery Nor Mohamed mewakili Datuk Seri Hasan Arifin Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ke Majlis Makan Malam Ahli Lembaga Pengarah SESB dan Penyampaian Sumbangan CSR di Tawau, semalam.
Dalam majlis makan malam itu, Jeffery menyerahkan sumbangan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SESB kepada  Rumah Warga Tua Air Panas Tawau dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kem Kabota Tawau. Setiap penerima, mendapat sumbangan sebanyak RM5,000.
“Tahniah kepada pihak pengurusan yang bertungkus lumus dalam menjayakan program CSR di seluruh Sabah. Sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan di masa pasca pandemik ini,” katanya.

Jeffery juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir TS Mohd Yaakob Jaafar dan pihak pengurusan yang proaktif dalam membantu masyarakat yang memerlukan.
“Semoga abah Electricity Sdn Bhd (SESB) terus maju jaya berkhidmat kepada masyarakat Sabah khasnya,” katanya.