spot_img
HomeSukanTiket Sabah FC menentang JDT laku keras, penyokong beratur awal pagi

Tiket Sabah FC menentang JDT laku keras, penyokong beratur awal pagi

KOTA KINABALU: Tiket perlawanan Sabah FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas dalam talian habis dijual pada 8 Julai lalu.

Hari ini  penyokong Sang Badak sanggup berbaris panjang untuk membeli tiket bagi menyaksikan pertembungan epik malam esok, bagi perebutan dua pasukan mendahului Liga Super 2022.

Perlawanan yang dijadual bermula jam 8.15 malam itu bakal menjadi penentu sama ada Sabah FC mampu menewaskan JDT bagi menamatkan rekod tanpa kalah pasukan itu atau sebaliknya.

Kedua-dua pasukan kini bersaing di dua tangga teratas Liga Super dengan JDT mendahului satu mata selepas mengumpul 23 mata manakala Sabah FC mengumpul 22 mata.

Paling menarik perhatian. Pemain pasukan Sabah Badrul Bakhtiar, Park Tae Su dan pemain yang lain memberi minuman kepada penyokong yang beratur menunggu giliran membeli tiket.

Park Tae Su memberi minuman kepada penyokong Sabah FC di Stadium Likas.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah, bagaimanapun berkata hanya 3,000 tiket secara fizikal akan dijual dengan setiap pembeli dihadkan kepada dua tiket apabila kaunter jualan dibuka bermula jam 10 pagi.

“Pada hari perlawanan nanti, penonton digalakkan hadir ke stadium seawal jam 5 petang bagi mengelakkan kesesakan,” katanya. – BH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular