KOTA KINABALU : Penantian mangsa-mangsa kebakaran Tanjung Aru Lama yang berlaku pada 25 Mei 2021 kini berakhir.
Unit Pemimpin dan Pembangunan Masyarakat (UPMM) kawasan N22 Tanjung Aru, Reduan Aklee berkata setelah 13 bulan memperjuangkan penempatan semula mangsa-mangsa kebakaran Tg Aru Lama itu, Alhamdulillah hari ini seramai 16 mangsa ini mendapat lot Penempatan semula mereka.
“Satu kepuasan bagi diri ini dapat membantu orang-orang kampung mendirikan semula rumah mereka yang musnah tahun lalu,” tambahnya.
“Alhamdulillah proses tadi berjalan dengan lancar dan semua pihak bekerjasama dan berpuas hati,” tambahnya lagi.
Menurut Reduan Aklee, perasaan gembira jelas terpancar diwajah mereka kerana dapat sudah mereka kembali ke kampung tempat mereka lahir dan membesar serta dapat mendirikan rumah mereka semula.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Haji Noor atas keperihatinan beliau mendengar luahan hati dan permintaan pihak kami. Terima kasih juga kepada Bung Moktar Radin yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada saya untuk terus membantu rakyat di kawasan,” tambahnya.
“Terima kasih kepada Datuk Mayor Datuk Noorliza Ag Alip dan seluruh kepimpinan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang membantu pihak kami memudahkan segala urusan ini. Begitu juga pihak Jabatan Tanah dan Ukur atas segala kerjasama yang diberikan,” tambahnya lagi.

Kesempatan itu, Reduan mengucapkan terima kasih kepada mangsa-mangsa yang terus sabar dan tabah menanti sehingga ke hari ini.
“Saya terus berkhidmat demi Kesejahteraan Dan Kemakmuran Rakyat,” tambahnya.


