TAWAU: Kejohanan Bola Sepak B12 MSS Zon Tanjung Batu, 2022 akan dilangsungkan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Julai 2022 di Padang Bola Sepak SK Bahagia, Tawau.
YBrs. Tuan Saharuddin Salleh selaku PPM Kawasan Tanjung Batu berbesar hati merasmikan kejohanan tersebut bagi pihak YB Andi Suryady, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah. Tuan Ismail Bin Banchir, yang merupakan Guru Besar SK Bahagia, turut meraikan pasukan yang mengambil bahagian.
Sebanyak 12 pasukan yang dihantar untuk bersaing bagi merebut tempat ke peringkat MSS Daerah Tawau. Tujuan kejohanan seperti ini adalah untuk mencungkil dan mengasah bakat pemain pelapis yang akan mewakili dan mengharumkan Negeri Sabah di persada sukan bola sepak negara.
Antara pasukan bola sepak yang mengambil bahagian bagi Zon Tanjung Batu adalah SK Bahagia, SK Jambatan Putih, SK Kukusan, SK Muhibbahraya, SK St. Patrick, SRJK Yuk Chin, SK Bandar, SK Bandar 2, SR Islamiah, SK Pasir Putih, SK Perdana dan SK Tanjung Batu Keramat.