spot_img
HomeJenayah9 individu terlibat kes dadah ditahan di Papar

9 individu terlibat kes dadah ditahan di Papar

PAPAR: Seramai sembilan individu tempatan telah ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis (IPD) Papar sepanjang operasi yang dilakukan dari 21 Julai 2022 hingga 28 Julai 2022.

Menurut PDRM IPD Papar, seramai 8 lelaki warga tempatan dan seorang perempuan warga tempatan telah ditahan kerana didapati terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.

 

Kesemua suspek didapati positif dadah jenis Ampethamine dan Methapethamine dan telah disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan Seksyen 15 (1) ADB 1952.

Seberat 24.25 gram dadah jenis Syabu telah dirampas oleh pihak polis sepanjang operasi oleh BSJN, IPD Papar tersebut dijalankan.

Susulan itu, YDH DSP Kamaruddin bin Ambo Sakka, Ketua Polis Daerah Papar menasihatkan orang ramai agar memberikan sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah Papar kepada pihak PDRM, IPD Papar di talian 088-912 222.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular