spot_img
HomePolitikUMNO Putatan fokus bantu anak-anak B40 dalam pendidikan – Jeffery Nor

UMNO Putatan fokus bantu anak-anak B40 dalam pendidikan – Jeffery Nor

KOTA KINABALU: Pendidikan adalah jambatan seseorang untuk mengubah kehidupan lebih baik untuk keluar dari garis kemiskinan.

Inilah yang dilakukan UMNO Bahagian Putatan, fokus membantu anak-anak B40 dalam membantu dari segi kewangan dan sokongan moral.

Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed berkata UMNO sejak dahulu lagi amat prihatin dengan isu pendidikan, sama ada dari peringkat bahagian Putatan atau peringkat nasional.

“Kita berpegang teguh dengan prinsip pendidikan tangga kejayaan. Pendidikan ini adalah satu hak asasi untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa agama”

“Dan hanya dengan pendidikan sahaja boleh membantu mengubah nasib diri dan keluarga,” katanya.

Tambah beliau, UMNO bahagian Putatan, telah berusaha membantu anak-anak golongan B40 dengan membawa sebanyak mungkin agensi badan berkanun serta GLC untuk menghulurkan bantuan asas pendidikan kepada keluarga B40.

Sebagai contohnya, UMNO Bahagian Putatan bersama Yayasan Bank Rakyat pada bulan Mac tahun ini telah menyumbang berupa wang tunai untuk pelajar golongan B40 melalui program “Back To School”.

Jeffery juga Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat berkata, UMNO Putatan menyumbang sedikit wang tunai bagi membantu anak-anak Putatan yang baru memasuki universiti atau kolej kemahiran.

Penerima bantuan tunai untuk anak yang melanjutkan pelajaran di universiti atau kolej kemahiran.

“Kami juga telah bekerjasama dengan pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk berikan bantuan kepada pelajar B40, yang mengalami masalah kewangan akibat pandemik COVID-19,” jelasnya.

Jelas beliau lagi, Yayasan Bank Rakyat melancarkan inisiatif bantuan bayaran yuran tuisyen kepada pelajar yang akan menduduki SPM tahun ini.

“Sekolah-sekolah yang mendapat bantuan ini, sudah dikenal pasti dan akan melancarkan dalam masa terdekat”

“Ianya bukan dalam tempoh sekali sahaja, tetapi kita sudah berbincang dengan pihak sekolah terlibat untuk menjalankan kelas tambahan tersebut dalam tempoh tiga bulan untuk fasa pertama ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berkata, UMNO Bahagian Putatan berharap agar semua lapisan masyarakat dapat akses kepada pendidikan dengan sempurna.

Menurut laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2019 berkaitan dengan pendapatan isi rumah dan kemudahan asas, daripada keseluruhan negeri Sabah.

Golongan B40 yang kini menetap di putatan adalah sebanyak 2.1 hingga 2.3 peratus jumlah keseluruhan penduduk di Sabah. Manakala gologan M40 dan T20 sebanyak 4.3 ke 4.6 peratus.

“Harapan kami adalah untuk lihat golongan B40 di kawasan Putatan dapat dikurangkan kerana hanya melalui pendidikan kita dapat mengejar kehidupan yang lebih selesa”

Jeffery Nor Mohamed ziarah penduduk di Kg. Teguli, Kg. Tanjung Aru Baru dan Kg. Sembulan lama.

“Kami ingin melihat daerah Putatan menjadi satu daerah yang berjaya dari segi pembangunan insan, infrastruktur dan tahap sosioekonomi. Hanya melalui pendidikan sahaja, kami percaya bahawa impian ini mampu dicapai” katanya.

Jeffery yang juga berasal dari keluarga susah, ingin melihat suatu hari nanti anak-anak Putatan ramai yang akan berjaya dalam kehidupan dengan menceburi pelbagai kerjaya.

“Sudah tiba masanya sebagai pemimpin di kawasan ini mahu melihat kekurangan jurang perbezaan di antara golongan M40, T20 dan B40,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular