spot_img
HomeSemasaPusat penyembelihan ayam kotor ditutup | Demi Sabah

Pusat penyembelihan ayam kotor ditutup | Demi Sabah

SANDAKAN: Jabatan Kesihatan Sandakan telah menutup sebuah pusat penyembelihan ayam di Sandakan selepas menemukan najis tikus di kawasan tersebut dalam satu operasi, semalam.

Pegawai Kesihatan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata, seramai 15 petugas terlibat dan sebanyak dua buah tempat penyembelihan ayam telah diperiksa dalam operasi ini.

Menurut Johari, setelah melakukan pemeriksaan, salah satu tempat itu telah diarahkan untuk tutup selama 14 hari kerana kotor manakala sebuah lagi dikompaun sebanyak RM2,500 kerana tidak mematuhi Program Jaminan Keselamatan Makanan atau PJKM.

“Selain diarahkan tutup akibat kehadiran tikus dan tahi tikus yang berdekatan tempat pemprosesan ayam, markah yang diberikan dalam pemeriksaan juga agak rendah.

“Perkara ini sangat serius kerana pihak berkenaan membekalkan ayam yang diproses kepada pengguna dan kita harus memastikan tempat pemprosesan ayam itu bersih,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, pusat penyembelihan berkenaan itu ditutup selama 14 hari mengikut Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Serta Kebersihan Makanan Tahun 2009.

Kedua-dua tempat penyembelihan ayam ini sudah pernah diarahkan tutup pada Mei lalu akibat tidak mematuhi PKJM.

“Daerah Sandakan mempunyai enam buah pusat penyembilan ayam dan empat daripadanya didapati mematuhi PJKM,” katanya. – Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular