spot_img
HomePolitikMuktamar Pas: Tiada usul putuskan hubungan dengan UMNO diterima | Demi...

Muktamar Pas: Tiada usul putuskan hubungan dengan UMNO diterima | Demi Sabah

ALOR SETAR: Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung Pas berkata, usul memutuskan hubungan dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) tidak diterima dari mana-mana perwakilan daripada keseluruhan 197 kawasan di seluruh negara untuk dibahaskan pada Muktamar Pas kali ke-68.

Petikan Awani menyatakan, hanya terdapat beberapa perkara dibangkitkan mengenai hubungan di dalam MN namun ianya tidak lebih daripada penekanan atau fokus terhadap memperkasakan penyatuan ummah.

Takiyuddin, memaklumkan bahawa pihak jawatankuasa pengurusan Muktamar Pas ke-68 yang dipengerusikannya, masih belum memuktamadkan mana-mana usul yang diterima tanpa bahas atau diterima untuk dibahaskan.

Beliau mengulas mengenai kerjasama MN, pendirian yang diambil Pas amat jelas di mana penyatuan ummah tidak terhad kepada parti itu dan UMNO sahaja, memandangkan ada parti lain yang mempunyai peranan yang sama.

“Antaranya memang dibangkitkan dari segi isu muafakat, muafakat tak lebih daripada menekankan penyatuan ummah, tidak ada yang saya dengar ini, yang bercanggah dengan pendirian Pas.

“Pendirian Pas jelas, penyatuan ummah bukan hanya terhad kepada Pas dan UMNO sahaja, ada parti lain mempunyai peranan yang sama,” katanya. – Awani

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular