Hasil kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru dan UMNO Bahagian Putatan menyerahkan bantuan berupa tilam bantal dan keperluan asas kepada 79 ketua isi rumah mangsa kebakaran Kampung Tanjung Aru Cable yang ketiga pada hari ini.
Kebakaran pada pukul 4.32 pagi 18 Julai 2021 itu, meranapkan 23 buah rumah hangus terbakar. Ini kebakaran kali ketiga melanda Kampung Tanjung Aru. Pada 25 Mei lalu, 33 rumah musnah manakala 10 buah lagi pada 6 julai lepas.

PPM Tanjung Aru, Mohd Reduan Datuk Haji Aklee berkata, bantuan ini atas kerjasama Pemuda Umno Putatan membantu 79 isi rumah terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara.
“Atas prinsip kemanusian maka kami bagi bantuan berupa tilam bantal beras dan sedikit makanan kepada mereka semua. Semoga bantuan kecil ini dapat membantu mangsa kebakaran yang ketika ini mengharungi bebanan yang dihadapi ” katanya kepada demisabah.

Reduan berharap agar NGO dan individu dapat memberi bantuan kepada mangsa, memandangkan ini adalah kebakaran ke-3 berlaku di Tanjung Aru. Kesemua mangsa ditempatkan di dewan Luyang.


