spot_img
HomeSukanDatuk Jelani Hamdan dilantik sebagai pengarah Sabah FC baharu

Datuk Jelani Hamdan dilantik sebagai pengarah Sabah FC baharu

KOTA KINABALU : Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Jelani Hamdan dilantik sebagai Pengarah Sabah FC yang baharu, bagi mengambil alih tugas yang sebelum ini disandang  oleh Setiausaha Agung SAFA Benedict Asmat.

Perkara ini diumukan oleh Presiden (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika ditemui selepas majlis penyerahan watikah perlantikan kepada Jelani di pejabat beliau di Kementerian Kerja Raya Sembulan kelmarin.

Menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, pertukaran terbabit merupakan pertukaran biasa bagi membolehkan kedua-dua belah pihak memberikan tumpuan kepada tugas masing-masing.

Katanya, Benedict yang sebelum ini menjadi Pengarah Sabah FC akan memberikan perhatian kepada hal-hal pentadbiran sebagai setiausaha Agung SAFA, sementara Jelani akan memberikan fokus dengan tugas baharunya sebagai Pengarah Sabah FC.

“Pertukaran tugas ini bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan SAFA dan Sabah FC dan saya yakin kedua-dua mereka berpengalaman dan mampu melaksanakan tugas masing-masing ini, ” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan tersebut. – USBO

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular