spot_img
HomeSemasaKurangkan berpolitik tumpu Vaksin untuk rakyat

Kurangkan berpolitik tumpu Vaksin untuk rakyat

KUNAK: Status pandemik covid-19 kadangkala turun naik bagai tiada kesudahannya. Perintah berkurung sudah dilaksanakan, semuanya sudah dilakukan oleh pihak kerajaan.

Ketika ini, di eropah seperti Itali tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 28 Jun ini, kata Kementerian Kesihatannya semalam. Ini menunjukkan mereka berjaya membendung penularan covid-19 disebabkan, hampir kesemua penduduknya telah divaksin.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda UMNO P188 Lahad Datu, Datuk Seri Anil Jeet Singh, pihak kerajaan khasnya pemimpin politik perlu bekerjasama dalam mematikan pandemik ini. Jangan asyik berpolitik beri tumpuan vaksin untuk rakyat pada masa ini.

Tambah Anil, perbanyakkan kuantiti vaksin dalam negara khasnya di Sabah ini, supaya masalah ekonomi rakyat dan negara akan beransur pulih. Sekarang ramai rakyat terjejas, lagi-lagi peniaga kecil dan individu yang bekerja sendiri. Mereka tiada gaji bulan seperti penjawat awam. Jadi mereka perlu dibantu dengan kadar segera.

“Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), serta Ketua Kampung, Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah perlu bertindak proaktif dan jangan tumpu dikawasan tertentu sahaja. Perlu merangkumi semua kawasan bandar dan luar bandar agar tiada yang tercicir vaksin” katanya lagi.

Anil turut memberi cadangan kepada kerajaan vaksin covid-19 dibuka kepada klinik dan hospital swasta dalam usaha percepatkan vaksinasi di Malaysia dipertingkatkan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular