Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kinabatangan Naim Moktar beritahu bahawa, tiada peruntukkan kewangan tambahan diberikan kepada negeri Sabah bagi menjalankan program “Outreach” ke pelusuk pendalaman untuk berkempen dan memberikan vaksin covid-19 kepada penduduk pendalaman.
Segala kos bagi program yang telah dijalankan sekarang seperti pengangkutan dan makanan para petugas sama ada ditanggung oleh Pejabat Daerah ataupun “private initial” yang dipohon.
Tambah Naim lagi, kesulitan ini akan merumitkan Sabah untuk mencapai imuniti kelompok pada tahun ini.
“Mohon Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia melihat lebih mendalam mengenai perkara ini. Apa guna sistem yang dibangunkan berpuluhan juta jikalau pengakhirannya tidak seperti yang diharapkan” katanya dalam ciapan media sosial beliau.