spot_img
HomeSemasaBantu persatuan perlindungan haiwan, ALIR mohon dana orang ramai

Bantu persatuan perlindungan haiwan, ALIR mohon dana orang ramai

Tuaran: Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, haiwan juga tidak terkecuali menerima kesan kekurangan bekalan makanan. Situasi ini turut memberi kesan dan menjejaskan peruntukan perbelanjaan persatuan perlindungan ALIR yang perlu menampung kos makanan yang tinggi setiap bulan.

Aldrin merupakan Presiden ALIR berkata, sebanyak 1080kg beras sebulan diperlukan. Beras digaul dengan ayam, daging atau makanan tin basah dan kering akan diberikan kepada anjing dan kucing dalam perlindungan mereka.

“Pihak ALIR tidak terkecuali memberi makanan kepada haiwan jalanan yang terbiar hampir setiap hari” tambah beliau lagi.

Mr Aldrin (Presiden ALIR) membantu memberi makanan kepada anjing terbiar.

ALIR ditubuhkan pada tahun 2009 secara persendirian hasil usaha kerjasama pasangan suami isteri,  Mr Aldrin selaku presiden ALIR dan Ms Dd Chan selaku pemilik dan naik presiden persatuan ALIR.

Persatuan ALIR yang sudah beroperasi selama 12 tahun ini telah banyak membantu menyelamatkan dan melindungi haiwan yang kurang bernasib baik di luar sana.

Tidak dinafikan sememangnya kos perbelanjaan pusat perlindungan haiwan memerlukan perbelanjaan yang besar bagi memastikan bekalan makanan tidak terputus.

“ALIR menampung kos perbelanjaan yang besar bagi membantu haiwan yang memerlukan perlindungan dan rawatan.  Sebulan untuk makanan, ubatan dan pembayaran gaji pekerja serta utiliti dalam RM10,000 hingga RM20,000 ringgit.

“Belum termasuk pembayaran kos pembedahan dan perubatan di klinik haiwan. Biasanya, akan mencecah kos sebanyak RM20,000 hingga RM22,000 ringgit sebulan jika termasuk kes-kes baharu”, tambahnya menerusi perbualan telefon.

Persatuan ALIR sentiasa memerlukan sokongan berpanjangan dan dana daripada orang ramai. Pada ketika ini, sebanyak 102 ekor kucing dan 86 ekor anjing di bawah jagaan ALIR. Bantuan orang ramai juga boleh disalurkan dalam bentuk makanan dan surat khabar yang tidak terpakai.

foto-ALIR

Pihak ALIR juga sangat aktif memberi info perkembangan gerakan persatuan mereka menerusi laman sesawang facebook rasmi Animal Lovers Independent Rescuer-ALIR. Untuk memberi sumbangan kepada pusat perlindungan haiwan ALIR, orang ramai boleh terus berhubungan di talian 013-8885060 (Mr Aldrin, presiden ALIR).

Diharapkan, dengan adanya usaha yang mulia ini dapat membuka mata masyarakat bahawa setiap makhluk ciptaan Tuhan perlu dilindungi sebaiknya.

Sama ada haiwan peliharaan mahupun haiwan terbiar di luar sana, kebajikan mereka harus diberikan perhatian sewajarnya. Memupuk sikap sayangi haiwan perlu diterapkan bagi meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab insan demi melindungi haiwan.

Sumbangan secara online boleh dilakukan menerusi akaun: Maybank: 5100 7763 7800

Nama akaun: PERSATUAN PENCINTA DAN PENYELAMAT HAIWAN Sabah

Paypal: paypal.me/alirsabah

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular