spot_img
HomeSemasaJaringan Prihatin jerat pengguna?

Jaringan Prihatin jerat pengguna?

Kota Marudu: Berbaki dua bulan program Jaringan Prihatin bakal tamat selepas diumumkan kerajaan pada Mac 2021. Peribahasa Melayu menyebut, rumah siap, pahat masih berbunyi. Begitu perumpamaan mengenai program yang diumumkan bernilai 3.5bilion ringgit dan disasarkan membantu 8.4juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Isu yang timbul, golongan B40 yang berada diluar bandar seolah-olah tertipu apabila berdepan dengan situasi terpaksa mengikat kontrak selama setahun hingga dua tahun dengan syarikat telco untuk menikmati program Jaringan Prihatin.

Pada asalnya program ini bertujuan  mengurangkan kos akses internet isi rumah dan membantu melancarkan PdPR bagi isi rumah yang mempunyai anak bersekolah.

Pendaftaran dilanjut hingga 31 Ogos
foto -Berita Harian

Hasil tinjauan kami di kedai-kedai telefon dalam daerah Kota Marudu dan Kudat mendapati, pihak pekedai berdaftar hanya menyediakan perkhidmatan subsidi peranti bernilai RM300 yang disertakan pelan pascabayar, bersama ikatan kontrak selama setahun hingga dua tahun pada kadar bayaran purata RM50 sebulan.

Pilihan kedua hanya akan ada sekiranya pintu sekatan sempadan daerah dibuka dan penduduk luar bandar dapat ke bandar Kota Kinabalu untuk membuat pilihan pelan prabayar.

Dalam situasi pandemik, peningkatan RM50 sebulan bersamaan dengan nilai 10kg beras atau 4kg ikan. Maka dengan itu tidak hairanlah sekiranya terdapat golongan B40 yang membuat keputusan mengabaikan tawaran Jaringan Prihatin walaupun ianya merupakan keperluan untuk tujuan pembelajaran anak-anak.

Faktanya sehingga 22 Jun lalu, pendaftaran bagi program ini hanya mencecah 500,000 penerima daripada sasaran berdaftar seramai 8.4juta penerima.

Ironi yang berlaku disini, bagi yang terlanjur tanpa rela menambah komitmen bulanan, pada siapa sepatutnya mereka mengadu?

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular