Kota Kinabalu: Pada waktu ini, negara bukan sahaja berdepan krisis wabak Covid-19, malahan juga terpaksa berdepan dengan cabaran penyebaran berita palsu dan maklumat tidak tepat dalam kalangan masyarakat.
Situasi ini sangat membimbangkan kerana ada berita yang bertujuan mewujudkan kebencian dan provokasi serta menggugat keharmonian masyarakat di Negara ini.
Menurut kenyataan sidang media yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 21 Mac 2021 sebanyak 287 kertas siasatan dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung kes berita palsu. Ini menunjukkan penyebaran berita palsu berada di tahap membimbangkan dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Justeru itu, Jabatan Penerangan selaku salah sebuah agensi bertanggungjawab mempelawa orang awam untuk menyertai sesi sembang santai bertajuk Berita Palsu: Jangan Jadi Penyebar, bertujuaan menjelaskan berkenaan isu penyebaran berita palsu dengan lebih terperinci.
Program sembang santai yang akan berlangsung pada ketetapan berikut :
Tarikh : 10 Julai 2021 (Sabtu)
Masa : 9 Pagi
Platform : Microsoft Team (pautan akan diberikan kemudian)
Pendafaran adalah percuma. E-sijil turut diberikan kepada peserta yang megikuti program ini.
Urus setia : Cik Emafatin Farina binti Wahid (014-6763853)
Daftar disini : https://forms.gle/ipqDT6Q5LTiKQEoP9


