KUDAT: Seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun dikehendaki selepas melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Rest House Kudat, di sini, diletakkan dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Kudat Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah semasa di hubungi mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya masih giat mengesan suspek dengan mengambil kira setiap aspek terlibat.
“Siasatan awal mendapati suspek dimasukkan ke PKRC Kudat sejak 27 Jun lalu dan ditempatkan di pusat kuarantin terbabit sehingga 6 Julai depan.
“Lelaki ini dimasukkan ke PKRC itu selepas ujian calitan atau ‘swab test’ menunjukkan keputusan positif COVID-19,” katanya.
Mohd Firdaus berkata, suspek bertindak keluar dari PKRC terbabit kira-kira jam 5.54 petang pada 5 Julai lalu.
“Suspek dikesan mengambil kesempatan dengan keluar dari pusat kuarantin terbabit semasa pintu pagar dibuka bagi memberi laluan kepada bas yang membawa pesakit baharu ke PKRC, Rest House Kudat.
“Suspek dikenal pasti mengambil kesempatan untuk melarikan diri ketika pintu pagar dibuka bagi memberi laluan kepada bas yang membawa pesakit baru ke pusat berkenaan.
“Suspek kini sedang dikesan dan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Kawalan Penyakit berjangkit,” katanya.


