spot_img
HomeSukanHoki Sabah sertai Piala Tun Razak dan Liga Remaja

Hoki Sabah sertai Piala Tun Razak dan Liga Remaja

Kota Kinabalu: Persatuan Hoki Sabah (SHA) akan memulakan persiapan bagi menghadapi Piala Tun Razak 2021 bakal berlangsung dari 10-20 November 2021 manakala Liga Hoki Remaja pada 26 November–2 Januari.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa KHM, Datuk Seri Anil Jeet Singh yang juga Presiden Hoki Sabah (SHA) pada Rabu.

“Saya sudah maklumkan kepada pegawai SHA kita akan menyertai kejohanan ini dan perlu membuat persiapan pasukan dengan kadar segera”

“Tarikh sudah ditetapkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), kita tidak boleh membuang masa. Saya sudah arahkan SHA memulakan persiapan untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita” katanya ketika dihubungi demisabah.

Jelas Anil lagi, dua kejohanan ini sangat penting kerana pasukan kita akan menampilkan para pemain yang akan beraksi di Sukma Johor tahun depan.

“Kita akan menggunakan kejohanan ini mencari pemain terbaik dalam pemburuan mencapai keputusan terbaik di Sukma nanti. Kita mahu mempertahankan pingat emas skuad wanita dan perak untuk skuad lelaki yang kita menangi edisi sebelum ini”, katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa kejohanan ini akan dianjurkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan.

“Tarikh ini, beri masa secukupnya untuk setiap pemain diberikan vaksin. Vanue perlawanan akan diumumkan selepas perbincangan lanjut pada 25 Julai nanti”, jelasnya lagi.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) sudah menerima 10 penyertaan dari divisyen satu dan 14 penyertaan dari divisyen dua bagi kategori lelaki, manakala sebanyak 14 pasukan mengemukakan penyertaan untuk kategori Wanita.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular