TAWAU-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membenarkan takbir Hari Raya di masjid dan surau di kawasan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua.
Pihaknya turut membenarkan solat sunat Aidiladha dan khutbah Hari Raya dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Rakyat Malaysia boleh rujuk Prosedur operasi standard (SOP) di laman rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) ataupun layari telegram mereka.
Selain itu, ibadah korban turut dibenarkan dengan mengikut ketetapan SOP dan kebenaran pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
Kita mengharapkan penularan covid-19 dapat diputuskan dan kita dapat menjalan pelbagai aktiviti tanpa ada kerisauan dan kegelisahan ketika kita keluar dari rumah.