spot_img
HomeSemasaProgram bakul makanan mendapat sambutan baik

Program bakul makanan mendapat sambutan baik

TAWAU: Program bakul makanan mendapat sambutan baik di Parlimen Tawau dibawah Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Parlimen Tawau merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung, Apas dan Balung.

Pada Jumaat lalu, Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung Justin Wong bersama-sama menyerahkan bantuan makanan kepada komuniti Cina yang tinggal di kawasan miskin serta keluarga-keluarga lain dan warga emas yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Tawau Fung Thin Yein, Ketua Biro Wanita Lucy Lo dan Pegawai-pegawai DAP Tawau.

Dalam pada itu, Christina yang juga ADUN Api-Api turut menyeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah agar memastikan program vaksinasi di Tawau dilaksanakan tanpa sebarang gangguan.

“Pusat Perkhidmatan Masyarakat Parlimen Tawau menerima banyak aduan daripada masyarakat setempat bahawa mereka belum menerima temu janji untuk mendapatkan vaksin,” katanya.

Dalam program bakul makanan ini dapat meringankan sedikit beban yang di hadapi oleh keluarga yang kurang berkemampuan. walaupun bantuan ini bersasar akan tetapi di masa akan datang kita akan terus memberikan bakul makanan bagi membantu pihak keluarga yang terkesan dengan pandemik berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular