KOTA KINABALU: Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) menyambut baik perlantikan Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.
Presidennya Yahya Ahmad berkata, Muhyiddin punyai kefahaman mendalam, prinsip dan krisma perjuanganya masih diyakini. Beliau wajar diberi peluang.
“Kita juga menghornati mana-mana perlantikan yang dibuat Perdana Menteri dan kerajaan bagi mengisi cabang posisi baik sebagai senator atau pun penasihat menteri.
“Semoga mereka meningkatkan kecekapan untuk berusaha mencari cerminan diyakini. Kita juga menghormati pelbagai pandangan umum soal pertikaian sudut kemampuan individu dilantik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, bagaimanapun keadaan sekarang tidak sesuai dengan bermain pertikaian, persepsi, prasangka dan gangguan politik
Menurutnya, elakkan bermain politik untuk membina kestabilan dan mencari nilai keberkatan saat negara dalam proses pemulihan.
“Diharapkan semua pihak mampu bersama-sama menyelesaikan pandemik COVID-19 dan rakyat harus hidup dalam suasana norma baharu dalam persekitaran endemik,” katanya. utusan borneo