SANDAKAN : Seorang lelaki cuba terjun dari pencawang elektrik di Jalan Kampung Melayu berjaya digagalkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari semalam, lelaki berusia 28 tahun itu dipercayai cuba membunuh diri dengan menaiki pencawang elektrik namun berjaya dipatahkan oleh pihak bomba.
Jimmy Lagung, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan berkata, pihak bomba menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 12.12 tengah hari.
“Sepasukan anggota bomba digerakkan untuk ke lokasi kejadian,” tambah beliau
“Pasukan bomba berjaya memujuk mangsa untuk turun dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” tambah beliau lagi.
Menurut Jimmy Lagung juga, mangsa berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi tersebut tamat pada pukul 12.50 tengah hari.