spot_img
HomeJenayahTiga warga tempatan ditangkap di Sipitang, menagih dadah di hotel

Tiga warga tempatan ditangkap di Sipitang, menagih dadah di hotel

Sipitang: tiga warga tempatan ditangkap di sebuah hotel atas kesalahan menagih dadah selepas laporan dibuat oleh masyarakat setempat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang, semalam.

Hasil pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sebuah hotel berdekatan Pekan Sipitang menemukan 3 warga tempatan bersama paket ketulan berupa lutsinar dan peralatan menagih, melibatkan 2 orang lelaki dan seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Sipitang, DSP Champin Piuh berkata, setelah penahan dilakukan, ketiga suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan dan ujian saringan yang dijalankan mendapati kedua orang lelaki adalah positif dadah jenis syabu AMP dan METH manakala suspek perempuan adalah negatif”.

“Tangkapan ini di siasat di bawah seksyen 12(2) dan 15(1)(a) AKta Dadah Berbahaya 1952”, katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular