spot_img
HomeJenayahKes dadah di Kinarut, enam lelaki ditahan

Kes dadah di Kinarut, enam lelaki ditahan

Papar: satu tangkapan dadah ke atas tiga lelaki tempatan dan tiga lelaki bukan warganegara telah dibuat oleh pasukan polis IPD Papar, semalam.

Hasil pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di sekitar kawasan Kinarut petang semalam telah berjaya menahan suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an, melibatkan tiga lelaki tempatan dan tiga lelaki warganegara asing.

Ketua Polis Daerah Papar, YDH DSP Batholomew Umpit berkata, keenam suspek yang ditahan telah didapati terlibat dengan aktiviti penagihan dadah dan akan disiasat di bawah seksyen 15(a) ADB 1952 beserta salah seorang suspek juga akan disiasat di bawah seksyen 39A(1) ADB 1952.

“Anggaran jumlah rampasan dadah di lokasi kejadian adalah sebanyak 8.74 gram”

Sehubungan itu, pemeriksaan dan ujian saringan yang dijalankan mendapati kesemua suspek telah positif dadah jenis Amp dan Meth.

DSP Batholomew Ak Umpit bertegas dan menasihatkan orang ramai, jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah Papar digesa untuk melaporkan segera ke balai polis berdekatan atau boleh berhubung terus di talian 088-916064 (IPD Papar).

“Kejayaan tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar ini”, tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular