SEMPORNA:Â Destinasi pelancongan semestinya tempat yang mampu menarik pelancong dari seluruh negara. Isu manipulasi harga oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mendorong terjejasnya pengusaha pelancongan yang berdaftar.
Pemilik agensi pelancongan, 2win Resort, Hafizzuddin Abdul Hussin berkata, ejen pelancongan yang tidak berdaftar telah mengakibatkan penurunan harga daripada harga yang telah ditetapkan oleh pihak agensi.
“Sikap tidak bertanggungjawab ini telah merugikan pengusaha pelancongan yang berdaftar kerana ramai pengunjung lebih memilih khidmat pengusaha yang tidak berdaftar disebabkan tawaran harga yang jauh lebih murah berbanding dengan agensi pelancongan yang berdaftar”.
“Pihak berwajib haruslah memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini agar agensi-agensi yang tidak berdaftar dapat diberkas. Masalah ini merupakan masalah yang serius kerana ia akan menjejaskan Industri Pelancongan di Sabah”.

“Kebanyakan kakitangan mereka kurang berpengalaman tentang cara menyelamat dengan betul seperti ‘Emergency First Respond’ sekiranya berlaku kecemasan yang tidak dapat dielakkan,” tambah beliau lagi.
Hafizzudin juga menegaskan bahawa masalah tersebut secara tidak langsung akan menjejaskan keselamatan para pelancong.
Justeru, bagi mengekang masalah ini berlaku, setiap bot yang membawa para pelancong haruslah melepasi syarat-syarat wajib seperti memiliki lesen pengendalian pelancongan. Agensi-agensi pelancongan berdaftar juga perlu menyediakan alat pemadam api dan alat bantuan pernafasan sekiranya pelancong melakukan aktiviti sukan laut.
“Saya berharap pihak berwajib dapat memberikan kerjasama agar keselamatan para pelancong terjamin. Sesiapa sahaja yang ingin menggunakan khidmat agensi pelancongan selepas ini haruslah lebih peka dan berhati-hati bagi mengelakkan masalah seperti ini terjadi lagi,” jelas beliau.
Penulis: Noranah Abdul