Kota Kinabalu: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sabah aktif sebarkan Kempen Pencegahan Jenayah Komersil (jenayah dalam talian) bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat akan jenayah-jenayah terkini dalam talian.
Menerusi kenyataan dalam montaj perasmian pelancaran kempen oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Mohd Kamarudin MD Din berkata, matlamat utama Kempen Pencegahan Jenayah Komersil ini adalah untuk memfokuskan jenayah penipuan dalam talian.
“Semua platform yang ada bakal dimanfaatkan termasuklah media cetak, elektronik, media sosial, program bersemuka dan pameran-pameran berkaitan serta pemakluman melalui khutbah jumaat”.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontijen Sabah terus giat sebarkan kempen melalui penyebaran poster, wawancara dalam talian, sehinggalah pemakluman akan penjelasan terperinci berkenaan penipuan dalam talian di media-media sosial agar sampai kepada masyarakat, khususnya komuniti Sabah.
Orang ramai dinasihatkan agar jangan bersikap panik sekiranya menerima panggilan yang menyamar menjadi pihak polis, mahkamah, mahupun bank yang bertujuan meminta maklumat sulit dan peribadi.
“Langkah terbaik adalah segera laporkan ke pihak berkuasa terdekat agar kita sama-sama berjaya membanteras jenayah dalam talian agar tiadanya lagi mangsa kepada jenayah komersil”, katanya.


