spot_img
HomeJenayahPolis serbu 'port' penagih dadah, empat lelaki ditahan

Polis serbu ‘port’ penagih dadah, empat lelaki ditahan

Sipitang: Pasukan Polis Ibu Pejabat Daerah Sipitang (IPD) telah menahan empat lelaki tempatan atas kesalahan menagih dadah di sebuah rumah yang turut dipercayai merupakan ‘port’ penagihan syabu di Sipitang.

Hasil pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Sipitang pada sebuah rumah mencurigakan bertempat di Kampong Tanjong Pagar, menemukan tiga lelaki tempatan bersama paket ketulan lutsinar sekaligus peralatan menagih di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sipitang, DSP Champin Piuh berkata, anggota Ronda Pencegahan Jenayah Balai Sipitang turut berjaya menangkap seorang lagi lelaki tempatan di hari yang sama.

“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki yang keempat adalah positif dadah syabu jenis AMP dan Meth”

Tangkapan ini akan disiasat di bawah seksyen 12 ( 2 ) dan 15 ( 1 ) ( a ) Akta Dadah Berbahaya 1952 bersesuaian kesalahan yang disabit terhadap keempat suspek.

“Pihak kami akan giat meneruskan operasi Op Sarang untuk mengesan pembekal mahupun penagih dadah bagi menyelamatkan mereka yang terlibat dalam kegiatan ini daripada terus hanyut dan mengelakkan berlakunya krisis kehancuran dalam hidup masyarakat, khususnya warga Sipitang”, tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular