spot_img
HomeJenayahPalsukan dokumen daftar kelahiran, kakitangan JPN rayu diringankan hukuman

Palsukan dokumen daftar kelahiran, kakitangan JPN rayu diringankan hukuman

Tawau: Seorang kakitangan Jabatan Negara (JPN) dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah, hari ini. Selepas mengubah pengakuan kepada bersalah melibatkan tuduhan memalsukan dokumen Borang Daftar Kelahiran (Borang A) enam tahun lalu.

Ajid Abdinah 44 tahun, berhadapan dengan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda, selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Tertuduh yang tidak diwakili sebarang peguam membuat rayuan kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman ringan mengambil kira faktor kemungkinan akan berdepan kehilangan pekerjaan selepas ini.

Terdahulu, tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah selepas didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, bertepatan 20 februari tahun lalu.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Norsham Saharom berkata, kesalahan tertuduh melibatkan pengeluaran Sijil Kelahiran oleh JPN yang sudah pastinya berkepentingan awam selain membabitkan keselamatan negara.

Tertuduh melanggar amanah yang diberikan dalam tugasnya dengan menggunakan dokumen palsu bagi mengeluarkan sijil kelahiran dan perbuatan tertuduh mencemarkan nama baik penjawat awam di mata masyarakat.

Pada 20 April 2015, tertuduh telah mendatangi pejabat JPN Cawangan Lahad Datu dengan tujuan mengemukakan permohonan mendapatkan sijil kelahiran bagi seorang kanak-kanak perempuan yang berbintikan kepada tertuduh, melibatkan penggunaan dokumen palsu bagi mendapatkan sijil lahir dan resit bagi urusan MyKid.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati anak yang didaftarkan atas nama Adrianna Alanni binti Ajid, adalah anak kandung kepada abang tertuduh iaitu Abdul Sharif Abdinah selain didapati salinan Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Anak turut dipalsukan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular