spot_img
HomeJenayahPolis Marin usir PATI cuba bolos perairan Sandakan

Polis Marin usir PATI cuba bolos perairan Sandakan

Sandakan: Sebuah bot yang dinaiki oleh seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir ketika cuba menceroboh masuk perairan negara, berhampiran Pulau Berhala, awal pagi, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, DSP Rusdin Banin dalam kenyataannya, memaklumkan operasi pengusiran tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota PPM dari Markas Operasi Pasukan dikirakan pada jam 10.00 pagi.

“Semasa membuat rondaan, Pasukan Polis Marin Sandakan telah mengesan bot tersebut dalam keadaan yang mencurigakan dari perairan jiran cuba memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas”

Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki dewasa didakwa berasal daripada Pulau Bakungan, Filipina. Bot tersebut kemudiannya di usir keluar setelah diiring sehingga keluar dari perairan negara.

DSP Rusdin Banin berkata, pasukannya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara serta sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab penguatkuasaan kawalan pergerakan di kawasan perairan khususnya Sandakan.

Pasukan Polis Marin W4 Sabah menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-283 1197 atau boleh berhubung ke Gerakan PPM Sandakan di talian 089-221453 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular