spot_img
HomeSemasa33 kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam

33 kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam

Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 33 lagi kematian akibat COVID-19 setakat tengah malam tadi, dengan empat daripada kematian tersebut membabitkan kes di luar fasiliti kesihatan (BID).

Laman sesawang GitHub KKM melaporkan, kes kematian semalam menyumbang kepada 30,989 kes kematian akibat Covid-19 setakat ini di Malaysia, dengan 6,270 adalah mangsa kes BID.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita yang tertinggi di Asean dan Asia Timur dengan mencatatkan sebanyak 939 kematian bagi setiap satu juta penduduk.

Menurut laporan, sebanyak tujuh kematian dilaporkan di Terengganu diikuti Kelantan dan Selangor yang masing-masing merekodkan 5 kematian, Perak dan Kuala Lumpur (masing-masing 4 kematian), Johor dan kedah (masing-masing 3 kematian) serta Pahang yang merekodkan 2 kes kematian.

Susulan itu, empat kes kematian BID mencatatkan dua kes di Kelantan, manakala Johor dan Selangor masing-masing merekodkan satu kes kematian. Setakat ini, sebanyak 675 kematian COVID-19 dicatatkan pada bulan ini.

Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Menurut laporan, sehingga tengah malam tadi, sebanyak 56,989 kes positif yang masih aktif dikesan, termasuk 47,049 bersamaan 82.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, seramai 5,279 atau 9.3 peratus pesakit pula sedang menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) manakala baki 4,277 pesakit bersamaan 7.5 peratus sedang menjalani rawatan di hospital.

Susulan itu, sebanyak 168,716 dos vaksin COVID-19 telah diberikan semalam yang membabitkan 159,345 dos penggalak manakala sebanyak 4,246 penerima dos pertama dan seramai 5,125 individu pula melengkapkan vaksinasi masing-masing semalam.

Setakat ini, sebanyak 55,383, 495 dos pelbagai jenis vaksin COVID-19 telah diberikan kepada populasi di Malaysia. – Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular