spot_img
HomeSemasaSalleh gesa Kerajaan Negeri kaji semula, status tanah 900 ekar di Kuala...

Salleh gesa Kerajaan Negeri kaji semula, status tanah 900 ekar di Kuala Pintasan

KOTA BELUD : Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan meminta Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula status tanah begeran sekitar 900 ekar di Kuala Pintasan, Kota Belud.

Beliau berkata, terdapat pelanggaran syarat-syarat geran tersebut dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU) khususnya perlu mengkaji semula perkara ini secara menyeluruh.

“Saya difahamkan tanah tersebut kini tidak diusahakan sejak ianya diberikan dan telah dijual kepada pihak ketiga,” tambahnya.

Salleh berkata, jika perlu pemberian geran tersebut wajar ditarik semula.

“Perkara ini sudah dibangkitkan dahulu lagi semasa saya menjadi Ahli Parlimen,” tambahnya.

“Kerajaan perlu sentiasa waspada dan
menilai balik status penggunaan tanah agar ia dapat diusahakan sebaiknya untuk kebaikan rakyat,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular