spot_img
HomeSemasaTemu janji dos penggalak dihantar melalui SMS dan MySejahtera - Dr Noor...

Temu janji dos penggalak dihantar melalui SMS dan MySejahtera – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR : Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan pengambilan suntikan penggalak akan disampaikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Mysejahtera.

“Langkah tersebut diambil bagi mempercepatkan lagi pemberian vaksin itu,” jelasnya.

Dr Noor Hisham juga mengingatkan orang ramai agar sentiasa menyemak notifikasi di telefon bimbit masing-masing supaya tidak terlepas temu janji yang diberikan dan menyatakan sama ada mereka bersetuju menerima dos penggalak atau tidak.

“Sekiranya terlepas tarikh temujanji, anda disyorkan untuk datang ke Pusat Vaksinasi (PPV) berhampiran untuk pendaftaran senarai menunggu,” tambahnya.

Menurut Dr Noor Hisham sehingga semalam, sebanyak 4,107,585 dos penggalak vaksin Covid-19 telah diberikan sejak pentadbirannya diluluskan November lalu.

“Pemberian dos penggalak itu bermula dengan kumpulan tertentu individu berumur 40 tahun ke atas, individu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai komorbiditi, penduduk dan kakitangan di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang, ibu mengandung dan individu yang perlu melancong ke luar negara, ” tambahnya.

Maklumat terperinci mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 akan dimuat naik ke laman web CovidNow di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular