spot_img
HomeSemasaBot karam: Tiga helikopter cari 17 PATI hilang

Bot karam: Tiga helikopter cari 17 PATI hilang

Kota Tinggi: Tiga helikopter udara digerakkan pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) susulan tragedi bot karam di perairan Tanjung Balau di sini, Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, sebuah helikopter AW139 dari agensi itu, sebuah dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala sebuah lagi helikopter Mi-17 daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) digerakkan bagi pencarian udara hari ini.

“Sehingga 8 pagi ini, tiada sebarang penemuan baharu ditemui. Penemuan lapan mayat pada hari kedua semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang ditemui kekal 19 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) maut, 17 masih hilang, manakala 14 orang selamat”

Beliau berkata, pusat misi pencarian ini telah pun diperluaskan sehingga 214.8 batu nautika persegi membabitkan Tanjung Balau hingga ke Tanjung Penawar.

“Pencarian di laut pula membabitkan lima aset laut iaitu sebuah kapal APMM iaitu KM Tegas selaku ‘On Scene Coordinator’, sebuah bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dua aset Pasukan Polis Marin (PPM) iaitu sebuah kapal dan sebuah bot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Jumlah keseluruhan anggota penyelamat di darat, udara dan laut yang terbabit dalam operasi hari ketiga hari ini adalah seramai 128 orang”

Dalam kejadian pada awal pagi Rabu lalu, bot pancung yang membawa 50 Pati dari Lombok dan transit di Batam, karam dibadai ombak dalam kejadian di perairan Tanjung Balau. -Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular