spot_img
HomeEkonomiEkonomi peniaga kecil luar bandar bertambah pulih

Ekonomi peniaga kecil luar bandar bertambah pulih

KUALA PENYU: Pandemik COVID-19 sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan peniaga luar bandar terutamanya peniaga kecil. Hal ini akan lebih teruk sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berterusan.

Keadaan ini menimbulkan rasa puas hati kepada mereka setelah kerajaan memberi kelonggaran dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) meskipun dengan menunggu Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikut Fasa.

Peniaga kecil Pasar Awam Kuala penyu, Nur Najihah Ab Samat, 23, berkata walaupun perniagaannya tinggal nyawa-nyawa ikan dalam kembali meneruskan perniagaan untuk membeli semula barangan jualan sayur-sayuran. Namun beliau tetap bersyukur dengan kelonggaran ini dan sentiasa mematuhi apa sahaja SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Saya juga seorang graduan yang telah dua tahun tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Namun saya tetap berusaha mencari rezeki sendiri dan tidak bergantung terus dengan bantuan kerajaan,”

“Kini telah dua bulan saya berniaga semula dan perniagaan saya semakin baik. Sedikit sebanyak dapat menyara kehidupan saya dalam membayar semula apa yang telah tertangguh seperti bil api dan air,” katanya.

Menurut Julizah Mail @ Ismail, 35, bisnes perancang perkahwinan berkata, meskipun dapat menjalankan perniagaan, pendapatan masih terjejas pada bulan Mei sehingga Ogos kerana bergantung kepada pasangan yang berkahwin.

“Disebabkan ketika itu ramai pasangan yang berkahwin dengan mengikup SOP tanpa melakukan majlis yang memerlukan pelamin”

“Namun begitu, kami tetap menjalankan perniagaan sampingan dengan menjual jualan gubahan bouquet kepada pelanggan yang menyambut ulang tahun secara dalam talian dan menghantar kepada pelanggan,” tambahnya.

Julizah berkata, setelah kerajaan membenarkan menjalankan majlis perkahwinan, ramai pasangan pengantin telah membuat tempahan awal sejak Oktober lalu sehingga Disember 2021 ini.

“Harapan kami kepada kerajaan, memandang serius dalam perniagaan perancang perkahwinan kerana industri ini juga, dapat menyumbang kemajuan ekonomi negara. Harap kerajaan tidak menutup sepenuhnya perniagaan ini jika sekiranya berlaku PKP semula, kerana kebanyakkan peniaga dalam bidang ini amat terjejas akibat pandemik,” katanya.

Rusilah Dullah, 40, sejak penutupan Institusi Memandu pada 1 Jun 2021 kebanyakan proses calon tertangguh. Ini menjejaskan pendapatan dan proses banyak tertangguh disebabkan pandemik covid-19.

“Namun setelah pembukaan ekonomi pada 19 September lalu dan termasuk kebenaran rentas daerah, memberi kesan positif kepada perniagaan saya jalankan,”katanya.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata jangkaan ekonomi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19 akan kembali pulih mengikut kepada kelonggaran dari kerajaan untuk beroperasi termasuk dengan kebenaran rentas daerah dan negeri.

“Malah jumlah perniagaan yang muflis akan semakin berkurangan dengan bantuan pemulihan ekonomi peniaga daripada MEDAC” katanya.

 

Penulis : Dg Nur Syafiqah Rahman

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular