SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna membuat rondaan di sekitar Bulipatuid, Semporna setelah menerima laporan tentang aktiviti penyeludupan di sebuah pondok yang tidak berpenghuni, semalam.
Hasil pemeriksaan lanjut telah menemukan beberapa jerikin berisi minyak petrol yang disyaki tempat penyimpanan dan kegiatan penyeludupan minyak petrol ke negara jiran, Filipina.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad berkata minyak petrol beserta bot ditahan dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk siasatan dan tindakan lanjut.
“Nilai rampasan tersebut dianggarkan berjumlah RM2,050.00 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” tambahnya.
Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan seluruh komuniti maritime untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau melalui aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunkasi PPM Sabah di talian 013-9391197.