COVID-19 menyebabkan negeri Sabah terpaksa mengistiharkan lock down pada 18 Mac 2020 untuk mengekang penularan virus lebih berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Kemunculan pandemik ini menyebabkan banyak syarikat terkesan termasuklah rakyat terjejas dalam kehidupan khususnya golongan yang bekerja sendiri seperti nelayan.
Impak daripada pendemik ini ramai pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan kerana banyak kilang-kilang, premis makanan dan lain-lain lagi terpaksa di tutup disebabkan pandemik. Malahan nelayan juga turut terjejas ekonominya kerana mereka tidak dapat turun ke laut untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan mereka.
Disin Rasin, nelayan Kampung Malalin berpendapat bahawa, ketika lock down merupakan satu beban yang besar kepadanya. Hal ini kerana mereka, terpaksa curi-curi pergi ke laut untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan seharian. Pada masa itu, masalah dihadapi hasil tangkapan mereka tidak banyak terjual disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).
Beliau juga berkata, mereka sukar mendapatkan bekalan makanan asas seperti beras, gula, minyak dan lain-lain lagi disebabkan mereka tinggal di pedalaman dan jauh dari pekan ataupun bandar.
Walaupun terdapat bantuan yang disalurkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO) kepada mereka namun bantuan itu tidak mencukupi bagi menampung kehidupan mereka selama sebulan.
Pandemik covid-19 sangat memberikan impak yang besar kepada semua masyarakat Sabah terutamanya gologan B40, M40 dan lain-lain lagi. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan ramai penduduk Sabah yang kehilangan punca pendapatan dan ramai juga penduduk yang mengalami tekanan hidup kerana tidak mampu menyara kehidupan pada masa pendemik.
Walaupun kerajaan memberikan telah memberikan banyak sumbagan dan bantuan namun terdapat juga masyarakat yang masih tersepit disebabkan pandemik ini.
Oleh itu, masyarakat hendaklah menjaga Standard Operating Procedure ( SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian covid-19 ini.
Kita semua haruslah berganding bahu bagi menangani masalah ini supaya, dapat hidup seperti sediakala. Perangi Covid-19 adalah tanggungjawab bersama dalam memutuskan rantaian penyakit global ini.
Penulis: Norliyati Binti Atoh


