PUTRAJAYA: Selepas lapan bulan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kembali merekodkan kes COVID-19 di bawah 3,000 kes baharu dengan merekodkan 2,589 kes baharu setakat jam 12 tengah hari ini.
Berdasarkan rekod, kali terakhir negara ini merekodkan kes di bawah 3,000 adalah pada 26 April lalu iaitu mencatat sebanyak 2,776 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menyatakan pertambahan kes baharu hari ini telah menjadikan sebanyak 2,721,533 individu yang pernah dijangkiti virul berkenaan.
“KKM menjangka berlaku peningkatan kes COVID-19 akibat bencana banjir selepas saringan yang dijalankan di pusat pemindaan sementara (PPS) merekodkan sebanyak 181 kes positif,” jelasnya.
“Hasil saringan setakat jam 11 pagi tadi mendapati sebanyak 117 kes positif direkodkan di PPS Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa bersiap sedia dengan risiko peningkatan kes yang dijangka berlaku akibat bencana banjir yang melibatkan beberapa buah negeri pada masa ini.