spot_img
HomeSemasaPengorbanan barisan hadapan harus dihargai - Hajiji

Pengorbanan barisan hadapan harus dihargai – Hajiji

KOTA KINABALU : Sebuah Majlis Penghargaan Sekalung Budi Kepada Barisan Hadapan Daerah Tuaran telah diadakan semalam di Ballroom Rasa Ria Resort, Tuaran.

Majlis tersebut diadakan bagi menghargai pengorbanan dan usaha para barisan hadapan daerah Tuaran yang khususnya mereka yang terlibat dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Tuaran dibawah kepimpinan Pegawai Daerahnya.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dalam mendepani dan mengharungi cabaran akibat daripada penularan wabak COVID-19 serta bencana alam yang tidak diduga, para barisan hadapan adalah insan-insan yang tidak kenal erti lelah mahupun putus asa dalam membantu mengekang serta meminimumkan impak daripada pandemik ini.

“Mereka adalah Wira Barisan Hadapan,” tambahnya.

Hajiji berkata, sesungguhnya, kerajaan negeri amat menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus tanpa mengira masa demi mengekang penularan pandemik COVID-19 khususnya di negeri ini.

“Semoga majlis apresiasi ini akan dapat meningkatkan motivasi serta semangat para barisan hadapan agar terus kuat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kerana perjuangan kita melawan COVID-19 masih belum berakhir,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular