spot_img
HomeJenayahLelaki ditahan miliki, jual air ketum di Papar

Lelaki ditahan miliki, jual air ketum di Papar

Papar: Polis menahan seorang lelaki tempatan terbabit kesalahan miliki dan menjual air ketum dalam satu serbuan di sekitar kawasan Papar, malam tadi.

Ketua Polis Papar, DSP Batholomew Umpit, berkata suspek yang berusia lingkungan 20-an itu ditemukan bersama 31 botol plastik yang di dalamnya dipercayai mengandungi air ketum.

Suspek telah ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan.

Beliau berkata, tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar ini.

Pasukan polis IPD papar bertegas dan menasihatkan orang ramai, jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah Papar digesa untuk melaporkan segera ke balai polis berdekatan atau boleh berhubung terus di talian 088-916064 (IPD Papar).

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular