spot_img
HomeSemasa62 kes Omicron dikesan di Malaysia setakat ini - Khairy

62 kes Omicron dikesan di Malaysia setakat ini – Khairy

KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini menyatakan jumlah kumulatif kes varian Omicron di negara ini adalah sebanyak 62 kes.

Daripada 62 kes Omicron dikesan, 61 jangkitan import, satu kes masih dalam siasatan disyaki kemungkinan jangkitan tempatan.

Khairy juga mendedahkan kementerian telah mengesan satu kes yang disyaki penularan tempatan melibatkan seorang warga China yang divaksin sepenuhnya berusia 38 tahun di Sarawak tanpa sejarah perjalanan.

“Daripada 49 kes yang disahkan melibatkan varian Omicron, 30 adalah dari Arab Saudi diikuti oleh lima dari United Kingdom, empat dari Qatar, tiga dari Amerika Syarikat, dua dari Nigeria dan masing-masing satu dari Itali, Turki dan Emiriah Arab Bersatu,” jelasnya.

Khairy berkata, Malaysia dijangka akan menyaksikan lonjakan kes baharu Covid-19 membabitkan varian Omicron yang sangat mudah berjangkit memandangkan virus itu sudah mula merebak dalam masyarakat apabila beberapa ketibaan antarabangsa didapati melanggar kuarantin mereka.

“Oleh itu, KKM menasihatkan agar individu yang diarahkan menjalani kuarantin wajib terus mematuhi arahan,kekal dalam bilik berasingan dan tidak bertemu dengan ahli rumah atau individu lain,” tambahnya

Menurut Khairy, pihaknya menjangkakan kes akan meningkat, dan sejauh mana tahap keterukan Omicron, kami belum tahu sama ada ini akan menyumbang kepada peningkatan kemasukan ke hospital,” ujarnya.

Berikutan itu, pihak kementerian akan mempergiatkan program dos penggalak, dengan mengumumkan mengenai selang dos yang lebih pendek yang dijangka akan dibuat tidak lama lagi.

Kerajaan juga telah mengambil tindakan dengan mengukuhkan kawalan sempadan di semua pintu masuk antarabangsa dengan melakukan saringan ketat ke atas semua ketibaan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular