spot_img
HomeSemasaSabah perketatkan syarat masuk

Sabah perketatkan syarat masuk

KOTA KINABALU: Datuk Masidi Manjun dalam kenyataan semalam menyatakan semua pengembara yang tiba dari negara dikenakan sekatan perjalanan sementara yang ingin memasuki Sabah dikehendaki mendapat kelulusan khas.

Masidi juga berkata, pengembara yang tiba dari negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara mengikut senarai terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Imigresen atau mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke negara tersebut, dibenarkan memasuki Sabah dengan mematuhi beberapa syarat.

Menurut SOP yang telah dikemaskini, Masidi menyatakan syarat yang pertama adalah pengembara dikehendaki melakukan ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR) dua hari sebelum berlepas dari negara itu dan mengisi e-Health Declaration.

“Seterusnya, pengembara yang tidak memenuhi kriteria kebenaran masuk ke Sabah perlu mendapatkan kelulusan khas dari Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) dan merujuk kelayakan melalui laman web rasmi PHEDNP,” tambahnya.

“Ujian RT-PCR dilakukan semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa pertama ke Malaysia,” tambahnya lagi.

Masidi juga menyatakan bahawa bagi pengembara yang tiba dari negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan tanpa mengira status vaksinasi.

“Selain itu, kuarantin di rumah tidak dibenarkan dan pengembara juga tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke Sabah atau ke destinasi lain dalam negeri ini sehingga lengkap menjalani tempoh kuarantin,” tambah Masidi.

“Keputusan ujian saringan RT-PCR pada hari ke-10 mestilah negatif sebelum diberi kebenaran penamatan dari kuarantin dan penilaian risiko hendaklah dilakukan pada hari ke-14 serta penilaian risiko lanjutan kuarantin sekiranya perlu,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular