spot_img
HomeUncategorizedSabah catat peningkatan kes COVID-19 sebanyak 7 kes

Sabah catat peningkatan kes COVID-19 sebanyak 7 kes

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 168 kes baharu hari ini, peningkatan sebanyak 7 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata Sebanyak lima daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 41 kes, Tuaran 30 kes, Penampang 14 kes, Papar 12 kes dan Kota Belud 10 kes. 15 daerah mencatatkan kes satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di tujuh daerah.

“Seramai 161 orang daripada 168 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, satu (1) kes dalam Kategori 3, dua (2) kes masing-masing dalam Kategori 4 dan Kategori 5. JKNS masih lagi membuat penilaian ke atas dua (2) kes.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 168 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 239,355 kes. Satu kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Kota Belud.

“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 307 (termasuk yang discaj dari hospital atau PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 231,807 orang.

“Sebanyak 714 pesakit pula sedang menerima rawatan iaitu 396 orang di hospital, 312 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan enam (6) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 37 orang merangkumi 33 di ICU atau repurposed kritikal care serta empat di open ward (HDW/kubikel akut) dan lapan orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 22 (25.0%).” Tambahnya.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (75) kes daripada Saringan Kontak Rapat.

Beliau membuat kesimpualan bahawa masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

“Adalah sangat-sangat diharapkan orang ramai terus mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan apatahlagi semasa menyambut perayaan Hari Natal bagi penganut agama Kristian dan kepada semua yang meraikannya, atau semasa bercuti bersama keluarga,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular