TAWAU : Andi Suryady ADUN N.71 Tanjung Batu merangkap Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah menyeru para peniaga Bugis Sabah untuk memberi sokongan kepada kepimpinan baharu Dewan Perniagaan dan Industri Bugis Sabah (DPIBS) dengan menjadi ahli.
Andi berkata, menerusi sokongan keahlian yang mantap, DPIBS akan mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan dewan-dewan perniagaan yang lain.
Beliau menyampaikan seruan tersebut menerusi ucapan perasmian sempena Mesyuarat Agung kali ke-4 DPIBS yang telah diadakan salah sebuah hotel di Tawau semalam.
Menurut Andi, Tuan Haji Busthamin telah terpilih sebagai Presiden DPIBS bagi sesi 2021/2023.
“Sebelum ini DPIBS dipimpin oleh Tuan Hj. Muhamad sejak penubuhannya pada tahun 2018,” tambahnya.
Andi berkata setakat ini, DPIBS sudah mempunyai wakil-wakil perhubungan di beberapa daerah di dalam negeri Sabah dan Semenanjung.
“Ini dapat akan memudahkan perhubungan dan rangkaian perniagaan di kalangan ahli DPIBS,” tambahnya.