spot_img
HomeSemasaRanau catat kes baharu COVID-19 tertinggi di Sabah

Ranau catat kes baharu COVID-19 tertinggi di Sabah

KOTA KINABALU : Jumlah kes harian di Sabah menampakkan kestabilan dengan meneruskan trend penurunan. Hari ini jumlah kes baharu ialah 108 kes, 19 kes lebih rendah daripada jumlah semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata Ranau “menjuarai” daerah-daerah di Sabah yang mencatat kes baharu yang paling tinggi, iaitu 26 kes berbanding hanya 10 kes kelmarin. Ranau bersama Tuaran 16 kes (-6), Kota Kinabalu 14 kes (-17) dan Penampang 10 kes (-2) adalah empat daerah yang masih mencatat kes-kes baharu pada kadar dua angka. Semua daerah lain hanya mencatat kes baharu satu angka dengan sembilan daerah tanpa sebarang kes baharu.

“Sebanyak 104 daripada 108 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua (2) kes dalam Kategori 3 dan masing-masing satu kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

“Berasaskan kepada jumlah kes harian pada 25 Disember 2021, jangkaan kadar kebolehjangkitan atau R0/RT bagi seluruh negara ialah 0.88 dan bagi Sabah 0.81. Kadar R0/RT yang lebih rendah adalah penanda-aras kedudukan jangkitan (transmission rate) yang semakin berkurangan dan terkawal. Katanya dalam satu kenyataan media.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 108 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 239,590 kes. Satu kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Kota Belud.

“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 222 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 232,293 orang. Manakala 678 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 356 orang di hospital, 316 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan enam (6) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara.

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 31 orang merangkumi 30 di ICU/repurposed kritikal care serta satu di open ward (HDW/kubikel akut) dan tujuh orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 16 (21.62%).” Tambahnya.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (40) kes daripada Saringan Kontak Rapat.

“Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular