spot_img
HomeSemasaRumah dua tingkat musnah dijilat api

Rumah dua tingkat musnah dijilat api

Tawau: Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Muhibbah Raya, semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.12 malam perihal kejadian kebakaran tersebut.

Sejurus penerimaan maklumat, seramai 18 anggota dan pegawai bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat rumah dua tingkat jenis separuh kekal yang mana telah musnah dijilat api”

Dilaporkan kebakaran dapat dikawal pada jam 8.26 malam sebelum operasi ditamatkan kira-kira setengah jam kemudian setelah pemeriksaan akhir dijalankan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berumur 49 tahun mengalami trauma dan dihantar ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan oleh kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)”

Sementara itu, ketua operasi mengesahkan tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa didapati dalam insiden kebakaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular