spot_img
HomeJenayahPolis Marin tumpaskan aktiviti bom ikan di Lahad Datu

Polis Marin tumpaskan aktiviti bom ikan di Lahad Datu

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin Lahad Datu telah berjaya mematahkan cubaan menangkap ikan menggunakan bom ikan di sekitar perairan Pulai Sakar, pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, polis marin telah mengejar sebuah perahu yang dipercayai sedang melakukan aktiviti bom ikan dan perahu tersebut telah ditinggalkan di kawasan Pulau Malamok, Lahad Datu.

“Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas perahu yang ditinggalkan itu, pihak polis telah menemui peralatan iaitu beberapa beberapa botol berisi baja ammonuium nitrat yang dipercayai digunakan untuk tujuan bom ikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan mencecah RM1,400.00.

Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985.

Susulan itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan komuniti maritim untuk memberikan maklumat serta membuat laporan berkenaan aktiviti yang melangggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah S4 Sabah di talian 0139391197.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular